Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam
Siapa yang bergelar suami isteri di dunia ini yang tidak mahu dipanggil ayah dan ibu,
siapa yang tidak mahu ada zuriat. Anak adalah anugerah Ilahi yang
paling berharga, terasa sunyi jika tiada anak atau masih belum
dikurniakan anak.
Firman Allah SWT dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Anak adalah rezeki, amatlah beruntung
kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain,
bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan
terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah
Ta’ala, bagi kita sebagai hamba hanya mambu berdoa, berusaha, berikhtiar
dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.
Anak yang dilahirkan adalah anugerah
Ilahi dan kurniaan daripada Allah Ta’ala kepada umatnya. Zuriat bukan
sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan
bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk
menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang
dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh
mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. – hasnulhadiahmad.com
Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana
perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat
memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk
mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang.
Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah
berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk
memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua
disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua
yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman
dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang
terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya
perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha
bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau
amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang
baik dan soleh.
1. Pertama
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan
bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat
zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda
meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula,
baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi
turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat
sejahtera dan berakhlak.
2. Kedua
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang
baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa
dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu
berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan
suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa
sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat
ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan
rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku
anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Amalan-Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden
dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah,
namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar
dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan
mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi
anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh
harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa
untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa
dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga
dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan
di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
1. Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada
Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada
hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan
akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun
isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan
merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka
berputus asa.
2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. – Ustazah Siti Nor Bahiyah
Wallahualam
Dr Fuh – Semoga saudari-saudari cepat
dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah. Banyakkan berdoa kepadanya.
In Shaa Allah dipermudahkan. Selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment